Assalamualaikum wbt.
Langit malam khasnya, merupakan mahkluk Allah yang cukup indah untuk diterokai. Bayangkan kita hidup di dunia yang mana malam tidak wujud, dan selama-lamanya kita dicurahi cahaya matahari!
Kehadiran bintik-bintik hitam yang berkelip-kelip, dan kadangkala kita boleh melihat kewujudan warna-warna selain putih, seolah-olah menggapai minda kita yang cetek ini, membuak-buak menyuruh kita mempelajari kewujudan mereka dan impaknya di dalam hidup manusia di bumi.
Bagi diri saya, itulah antara sebab mengapa saya terjun ke dalam suatu hobi yang begitu indah dan unik. Setakat ini, belum ada hobi lain yang mampu mengusik hati naluri saya, melainkan hobi ini.
Dan saya rasa ramai di kalangan kita yang turut merasai perasaan yang sama. Hanya apabila kita memulakan langkah berani kita ke dalam border ilmu ini, kita kadangkala mula terasa susah, tersangkut, keliru dan pening-pening lalat, tak tahu di mana hendak mula!
Ikut rentak sendiri
Saya sering mengingatkan diri saya agar jangan terlalu terburu-buru di dalam mengejar segala impian yang telah kita hamparkan di hadapan kita. Bintang-bintang di langit tak akan kemana, malah sampai kita kembali menyahut seruan Ilahi pun, buruj-buruj tetap sama bentuknya, terbit dan terbenam mengikut waktunya.
Memang diakui, apabila kita membaca berita-berita astronomi ni akhbar, buku, majalah dan internet, serta mengikuti syarahan atau seminar astronomi, kita rasa begitu berkobar-kobar untuk beli itu dan ini.
Risikonya ialah, hobi yang pada asalnya sepatutnya menyeronokkan, akhirnya menjadi bebanan terhadap diri kita.
Kenalpasti minat kita di mana
Cuba tanya diri sendiri soalan-soalan berikut:
1. Adakah saya lebih enjoy mempelajari ilmu ini menerusi pembacaan? atau saya lebih suka berjaga malam di sisi teropong?
2. Adakah saya lebih gemar melihat Bulan dan Planet sahaja? Atau adakah saya gemar menikmati kehadiran buruj-buruj di langit malam? Atau adakah saya mahu aktiviti lebih mencabar dengan menjejaki objek-objek yang kelam seperti galaksi dan nebula?
3. Adakah saya gemar meneropong? Atau saya gemar mengambil gambar objek-objek di langit?
4. Jika saya beli teleskop, adakah ia akan menjadi satu bebanan? Adakah saya mampu menjejaki objek-objek di langit menggunakan teleskop? Atau adakah lebih baik saya guna binokulars dulu.
2. Adakah saya lebih gemar melihat Bulan dan Planet sahaja? Atau adakah saya gemar menikmati kehadiran buruj-buruj di langit malam? Atau adakah saya mahu aktiviti lebih mencabar dengan menjejaki objek-objek yang kelam seperti galaksi dan nebula?
3. Adakah saya gemar meneropong? Atau saya gemar mengambil gambar objek-objek di langit?
4. Jika saya beli teleskop, adakah ia akan menjadi satu bebanan? Adakah saya mampu menjejaki objek-objek di langit menggunakan teleskop? Atau adakah lebih baik saya guna binokulars dulu.
Itu merupakan antara soalan-soalan yang patut kita beranikan diri untuk menjawabnya. Bukannya apa, setiap individu mempunyai expectationnya tersendiri, jadi adalah agak sukar untuk mencari satu jawapan umum yang boleh memuaskan hati semua orang.
Jika anda benar-benar berminat untuk menceburi dan mendalami ilmu ini, di bawah saya senaraikan beberapa langkah yang boleh diikut sebagai panduan. Langkah-langkah ini bukanlah muktamad, dan mungkin anda mempunyai idea dan pengalaman lain yang boleh menyumbang kepada kesempurnaannya, InsyaAllah.
Fasa 1
Beli majalah-majalah, buku yang berkaitan dengan astronomi, bagi membiasakan diri kita dengan berita-berita fenomena langit, serta istilah-istilah yang ada.
Jika anda mempunyai access internet, rajin-rajin melayari laman-laman web yang sedia ada. Biasakan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ahli astronomi amatur
Beli carta bintang. Belajar mengenalpasti buruj-buruj di langit. Apabila kita sudah biasa dengan bentuk-bentuk buruj di langit, dengan mudah kita akan dapat menjejaki planet-planet.
(Optional) Beli Binokulars, sebagai alat bantuan kita 'melihat' formasi buruj-buruj dan bintang-bintang di langit dengan lebih jelas.
Fasa 2
Beli BINOKULAR dahulu. JANGAN BELI TELESKOP buat masa ini. Walaupun ada sudah mula mengenali buruj-buruj yang ada di langit, tetapi jika anda terus guna teleskop, secara tiba-tiba anda akan rasa sesat kembali!! Teleskop hanya bagus apabila kita sudah TAHU apa nak tengok, atau dah ada TARGET yang dikenalpasti. Saya amat menganjurkan kepada anda supaya beli Binokulars terlebih dahulu ( sekurang-kurangnya 7 X 50 atau 10 X 50 ). Menerusi binokulars, kawasan yang diteropongkan itu masih luas dan mudah untuk kita bandingkan dengan carta bintang kita. Lagipun ia murah dan mudah dibawa, tak perlu setup dan sebagainya.
Beli buku, majalah atau tinjau laman web, yang mempunyai tips dan panduan menjejaki objek-objek samawi di langit. Panduan ini seharusnya tidak terlalu kompleks kerana pada ketika ini anda hanya berbekalkan Binokulars. Jadi kaedahnya harus lebih mudah.
Beli atau dapatkan carta bintang yang mempunyai lebih banyak maklumat berbanding carta bintang yang setakat menunjukkan kedudukan bintang-bintang sahaja. Pastikan carta itu menunjukkan kedudukan objek-objek seperti gugusan bintang, nebula dan galaksi pada skala yang sederhana. Contoh buku seumpama ini ialah The Bright Star Atlas 2000 dan Norton Star Atlas.
Fasa 3
Dalam fasa ini, anda sudah sepatutnya boleh kenalpasti bintang-bintang secara individu dan mampu menunjukkan kedudukan objek-objek lain dengan tepat dan boleh membaca carta bintang dengan mudah.
Sekarang barulah tinjau-tinjau teleskop yang hendak dibeli. Tapi kena ingat, anda kena kenalpasti apakah jenis objek yang hendak dicerap. Kerana jawapan anda ini akan mempengaruhi jenis teleskop yang sesuai.
Rujuk kembali artikel INI
Fasa 4
Fasa ini merupakan fasa bagi mereka yang benar-benar sudah bergelumang secara serius di dalam hobi ini. Anda sepatutnya sudah pandai menggunakan pelbagai jenis teleskop, mampu kenal nama objek hanya dengan melihat gambarnya sahaja.
Dalam fasa ini, anda mungkin sudah mula mahu berkecimpung dalam astrofotografi, ccd imaging, video astronomi, dan seumpamanya.