
Saya tertarik dengan artikel ringkas di Spaceweather.com, yang menunjukkan keadaan bulan yang berwarna oren, biru dan pelbagai warna lain. Seorang ahli amatur dari Romania, telah mengambil foto tersebut dengan hanya menggunakan kamera Nikon D40X.
Bagaimana kaedah yang digunakan? Artikel tersebut telah membawa saya ke sebuah laman web bertajuk"How to capture the color of the Moon" . Agak ringkas laman web tersebut, tetapi penuh maklumat dengan cara-cara untuk mengekstrak maklumat dari foto yang diambil oleh sesebuah kamera.
Mungkin sifu-sifu fotografi falakonline, seperti mymoon (en. aziz), universe24 (william) dan perseids (CK) boleh bagi komen dan tips tambahan?
(Foto dari laman web Spaceweather.com)
Jom Kongsi Ilmu!
No comments:
Post a Comment