Thursday, 6 June 2013

Ada juga ! Siang bulan dipagar mentari .

Seringkali kedengaran orang ramai yang berasa pelik atau tidak tahu bahawa Bulan boleh dilihat pada waktu siang. Saya berpendapat ia adalah kerana kita jarang-jarang cuba 'mencari' bulan di siang hari kerana beranggapan bulan hanya layak untuk waktu malam sahaja!
Namun begitu, Bulan sebenar memang wujud dan amat mudah untuk dilihat, dengan syarat langit mestilah cerah, bebas dari awan (samada yang tebal atau nipis). Antara tips yang saya guna ialah, langit kenalah berwarna biru, barulah senang sikit nak 'perasan' bulan di langit.
Lagi satu cara ialah, dengan memerhatikan kedudukan bulan pada waktu Subuh, atau sebelum matahari naik. Kemudian, apabila matahari sudahpun terbit, kita cuba perhatikan lagi kedudukan Bulan tadi. Ia akan beranjak ke barat sikit, tapi selalunya memang mudah nak cari.
Pagi tadi di sekitar Sri Damansara, dan saya rasa di sekitar Lembah Kelang amnya, langit cantik biru dan tanpa banyak awan. Bulan pun tegak berada di atas kepala.
Saya pun ambil peluang untuk mengambil foto Bulan tersebut.
Agak menarik kerana, walaupun di siang hari, kita masih boleh lihat ciri-ciri permukaan bulan, seperti kawah-kawahnya dan kawasan gelap yang digelar Mare.
Jom saya sarankan anda semua cuba-cuba tengok Bulan di langit siang. Kesian kat dia sorang-sorang terpaksa bersaing dengan sang matahari! :-)

No comments:

Post a Comment