JENIS-JENIS GERHANA MATAHARI
Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi di hadapan cakera matahari. Peristiwa ini hanya boleh berlaku pada waktu siang sahaja.. Terdapat 4 jenis gerhana matahari. Ianya bergantung jarak antara bumi-bulan;
1. Gerhana Matahari Penuh (total) : Berlaku apabila bulan meliputi 100% permukaan matahari. Cahaya matahari akan ditutup seratus peratus yang membawa keadaan seperti malam bagi lokasi yang bertuah. Hanya corona matahari yang akan kelihatan ketika totaliti berlaku.
Gerhana matahari penuh
Kredit imej : Luc Viatour
2. Gerhana Matahari Cincin (Annular) : Berlaku apabila jarak bulan terlalu jauh untuk meliputi 100% permukaan matahari. Oleh itu ketika di pertengahan gerhana, kelihatan matahari berbentuk cincin dengan bulan berada di tengahnya.
Gerhana matahari cincin
Kredit imej : www.ast.cam.ac.uk
3. Gerhana Matahari Separa : Berlaku apabila bulan hanya melintasi bahagian tepi cakera matahari. Ianya juga boleh berlaku ketika gerhana matahari cincin atau penuh. Lokasi di bumi yang tidak berada dalam laluan bayang umbra ketika gerhana matahari penuh akan melihat gerhana tersebut sebagai gerhana separa. Kita fahami dengan lebih lanjut di bawah.
Gerhana matahari separa
Kredit imej : Aaron Favila/AP Photo
4. Gerhana Matahari Hibrid (annular/total) : Gerhana matahari jenis ini adalah sangat jarang berlaku. Pada satu tempat ianya kelihatan sebagai gerhana matahari penuh dan tempat lain melihatnya sebagai gerhana matahari cincin.
No comments:
Post a Comment