Thursday, 6 June 2013

Nah ! Langkah pertama di dalam pengembaraan alam semesta .

Assalamualaikum wbt.
Langit malam khasnya, merupakan mahkluk Allah yang cukup indah untuk diterokai. Bayangkan kita hidup di dunia yang mana malam tidak wujud, dan selama-lamanya kita dicurahi cahaya matahari!
Kehadiran bintik-bintik hitam yang berkelip-kelip, dan kadangkala kita boleh melihat kewujudan warna-warna selain putih, seolah-olah menggapai minda kita yang cetek ini, membuak-buak menyuruh kita mempelajari kewujudan mereka dan impaknya di dalam hidup manusia di bumi.
Bagi diri saya, itulah antara sebab mengapa saya terjun ke dalam suatu hobi yang begitu indah dan unik. Setakat ini, belum ada hobi lain yang mampu mengusik hati naluri saya, melainkan hobi ini.

Dan saya rasa ramai di kalangan kita yang turut merasai perasaan yang sama. Hanya apabila kita memulakan langkah berani kita ke dalam border ilmu ini, kita kadangkala mula terasa susah, tersangkut, keliru dan pening-pening lalat, tak tahu di mana hendak mula!
Ikut rentak sendiri
Saya sering mengingatkan diri saya agar jangan terlalu terburu-buru di dalam mengejar segala impian yang telah kita hamparkan di hadapan kita. Bintang-bintang di langit tak akan kemana, malah sampai kita kembali menyahut seruan Ilahi pun, buruj-buruj tetap sama bentuknya, terbit dan terbenam mengikut waktunya.
Memang diakui, apabila kita membaca berita-berita astronomi ni akhbar, buku, majalah dan internet, serta mengikuti syarahan atau seminar astronomi, kita rasa begitu berkobar-kobar untuk beli itu dan ini.
Risikonya ialah, hobi yang pada asalnya sepatutnya menyeronokkan, akhirnya menjadi bebanan terhadap diri kita.
Kenalpasti minat kita di mana
Cuba tanya diri sendiri soalan-soalan berikut:
1. Adakah saya lebih enjoy mempelajari ilmu ini menerusi pembacaan? atau saya lebih suka berjaga malam di sisi teropong?
2. Adakah saya lebih gemar melihat Bulan dan Planet sahaja? Atau adakah saya gemar menikmati kehadiran buruj-buruj di langit malam? Atau adakah saya mahu aktiviti lebih mencabar dengan menjejaki objek-objek yang kelam seperti galaksi dan nebula?
3. Adakah saya gemar meneropong? Atau saya gemar mengambil gambar objek-objek di langit?
4. Jika saya beli teleskop, adakah ia akan menjadi satu bebanan? Adakah saya mampu menjejaki objek-objek di langit menggunakan teleskop? Atau adakah lebih baik saya guna binokulars dulu.
Itu merupakan antara soalan-soalan yang patut kita beranikan diri untuk menjawabnya. Bukannya apa, setiap individu mempunyai expectationnya tersendiri, jadi adalah agak sukar untuk mencari satu jawapan umum yang boleh memuaskan hati semua orang.
Jika anda benar-benar berminat untuk menceburi dan mendalami ilmu ini, di bawah saya senaraikan beberapa langkah yang boleh diikut sebagai panduan. Langkah-langkah ini bukanlah muktamad, dan mungkin anda mempunyai idea dan pengalaman lain yang boleh menyumbang kepada kesempurnaannya, InsyaAllah.
Fasa 1
Beli majalah-majalah, buku yang berkaitan dengan astronomi, bagi membiasakan diri kita dengan berita-berita fenomena langit, serta istilah-istilah yang ada.
Jika anda mempunyai access internet, rajin-rajin melayari laman-laman web yang sedia ada. Biasakan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ahli astronomi amatur
Beli carta bintang. Belajar mengenalpasti buruj-buruj di langit. Apabila kita sudah biasa dengan bentuk-bentuk buruj di langit, dengan mudah kita akan dapat menjejaki planet-planet.
(Optional) Beli Binokulars, sebagai alat bantuan kita 'melihat' formasi buruj-buruj dan bintang-bintang di langit dengan lebih jelas.
Fasa 2
Beli BINOKULAR dahulu. JANGAN BELI TELESKOP buat masa ini. Walaupun ada sudah mula mengenali buruj-buruj yang ada di langit, tetapi jika anda terus guna teleskop, secara tiba-tiba anda akan rasa sesat kembali!! Teleskop hanya bagus apabila kita sudah TAHU apa nak tengok, atau dah ada TARGET yang dikenalpasti. Saya amat menganjurkan kepada anda supaya beli Binokulars terlebih dahulu ( sekurang-kurangnya 7 X 50 atau 10 X 50 ). Menerusi binokulars, kawasan yang diteropongkan itu masih luas dan mudah untuk kita bandingkan dengan carta bintang kita. Lagipun ia murah dan mudah dibawa, tak perlu setup dan sebagainya.
Beli buku, majalah atau tinjau laman web, yang mempunyai tips dan panduan menjejaki objek-objek samawi di langit. Panduan ini seharusnya tidak terlalu kompleks kerana pada ketika ini anda hanya berbekalkan Binokulars. Jadi kaedahnya harus lebih mudah.
Beli atau dapatkan carta bintang yang mempunyai lebih banyak maklumat berbanding carta bintang yang setakat menunjukkan kedudukan bintang-bintang sahaja. Pastikan carta itu menunjukkan kedudukan objek-objek seperti gugusan bintang, nebula dan galaksi pada skala yang sederhana. Contoh buku seumpama ini ialah The Bright Star Atlas 2000 dan Norton Star Atlas.

Fasa 3
Dalam fasa ini, anda sudah sepatutnya boleh kenalpasti bintang-bintang secara individu dan mampu menunjukkan kedudukan objek-objek lain dengan tepat dan boleh membaca carta bintang dengan mudah.
Sekarang barulah tinjau-tinjau teleskop yang hendak dibeli. Tapi kena ingat, anda kena kenalpasti apakah jenis objek yang hendak dicerap. Kerana jawapan anda ini akan mempengaruhi jenis teleskop yang sesuai.
Rujuk kembali artikel INI
Fasa 4
Fasa ini merupakan fasa bagi mereka yang benar-benar sudah bergelumang secara serius di dalam hobi ini. Anda sepatutnya sudah pandai menggunakan pelbagai jenis teleskop, mampu kenal nama objek hanya dengan melihat gambarnya sahaja.
Dalam fasa ini, anda mungkin sudah mula mahu berkecimpung dalam astrofotografi, ccd imaging, video astronomi, dan seumpamanya.

Warna-warni Bulan


 Siapa sangka Bulan, yang kita lihat setiap hari, merupakan objek yang berwarna warni? Sebelum ini kita sering melihatnya hanya sekadar sebuah objek bewarna putih kekuningan, bersinar terang di angkasa raya. Kini, dengan menggunakan beberapa perisian pemprosesan gambar, kita boleh 'mengeluarkan' maklumat-maklumat yang tersirat sebelum ini, untuk dikaji dan diteliti bersama.
Saya tertarik dengan artikel ringkas di Spaceweather.com, yang menunjukkan keadaan bulan yang berwarna oren, biru dan pelbagai warna lain. Seorang ahli amatur dari Romania, telah mengambil foto tersebut dengan hanya menggunakan kamera Nikon D40X.
Bagaimana kaedah yang digunakan? Artikel tersebut telah membawa saya ke sebuah laman web bertajuk"How to capture the color of the Moon" . Agak ringkas laman web tersebut, tetapi penuh maklumat dengan cara-cara untuk mengekstrak maklumat dari foto yang diambil oleh sesebuah kamera.
Mungkin sifu-sifu fotografi falakonline, seperti mymoon (en. aziz), universe24 (william) dan perseids (CK) boleh bagi komen dan tips tambahan?
(Foto dari laman web Spaceweather.com)
Jom Kongsi Ilmu!

Ada juga ! Siang bulan dipagar mentari .

Seringkali kedengaran orang ramai yang berasa pelik atau tidak tahu bahawa Bulan boleh dilihat pada waktu siang. Saya berpendapat ia adalah kerana kita jarang-jarang cuba 'mencari' bulan di siang hari kerana beranggapan bulan hanya layak untuk waktu malam sahaja!
Namun begitu, Bulan sebenar memang wujud dan amat mudah untuk dilihat, dengan syarat langit mestilah cerah, bebas dari awan (samada yang tebal atau nipis). Antara tips yang saya guna ialah, langit kenalah berwarna biru, barulah senang sikit nak 'perasan' bulan di langit.
Lagi satu cara ialah, dengan memerhatikan kedudukan bulan pada waktu Subuh, atau sebelum matahari naik. Kemudian, apabila matahari sudahpun terbit, kita cuba perhatikan lagi kedudukan Bulan tadi. Ia akan beranjak ke barat sikit, tapi selalunya memang mudah nak cari.
Pagi tadi di sekitar Sri Damansara, dan saya rasa di sekitar Lembah Kelang amnya, langit cantik biru dan tanpa banyak awan. Bulan pun tegak berada di atas kepala.
Saya pun ambil peluang untuk mengambil foto Bulan tersebut.
Agak menarik kerana, walaupun di siang hari, kita masih boleh lihat ciri-ciri permukaan bulan, seperti kawah-kawahnya dan kawasan gelap yang digelar Mare.
Jom saya sarankan anda semua cuba-cuba tengok Bulan di langit siang. Kesian kat dia sorang-sorang terpaksa bersaing dengan sang matahari! :-)

Mari-mari ! Belajar pasang teleskop eh .

 Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai cara memasang teleskop jenis pantulan. Komponen utama sebuah teleskop ialah kaki tripod,mount, tiub teleskop, teleskop pencari, dan kanta mata. Anda juga mungkin memerlukan unit motor untuk membantu anda menjejak objek langit. Mount di bawah adalah dari jenis equatorial

Kredit imej : The Practical Astronomer oleh Will Gater dan Anton Vamplew.


Langkah 1 : Memastikan Kaki Tripod Pada Permukaan Yang Rata
Letakkan tripod anda pada permukaan yang rata dan keras. Letakkan pembaris yang mempunyai bubble level dan pastikan udara berada di tengah2 kolum air. Jika perlu laraskan kaki tripod anda sehingga penanda menunjukkan tripod anda sudah seimbang.


Sebaiknya jangan laraskan kaki tripod terlalu tinggi kerana keseimbangan teleskop mudah terganggu. Laraskan kaki tripod pada kedudukan separuh. Pastikan kunci pada kaki tripod sudah diketatkan.


Langkah 2 : Letakkan Mount Pada Tripod

Letakkan mount pada tripod dengan memastikan mount masuk ke dalam lubang yang ada pada tripod.
 Ketatkan mount dengan skru yang berada di bawah kepala tripod, pastikan ianya ketat.


Langkah 3 : Memasang Motor Pemandu

Pasangkan motor pemandu kepada mount. Pastikan gigi motor melekat dengan baik pada mount.


Langkah 4 : Penjajaran Dengan Utara

Apabila kita menggunakan mount ekuitorial, pastikan mount menghadap ke arah utara secara kasar dengan berpandukan kompas. Ini dapat dibuat dengan memastikan bentuk T pada mount menghala ke arah utara. 


Langkah 5. Memasang Pengimbang Berat

Pemberat pengimbang adalah sangat penting untuk memastikan teleskop anda dapat bergerak dengan bebas tanpa cenderung ke mana2 arah. Pemberat ini akan mengimbangi berat dari badan tiub teleskop. 

Masukkan pemberat ke dalam batang besi pengimbang dan ketatkan skru. Selepas itu pastikan anda memasang skru keselamatan pada hujung besi pengimbang sebagai langkah berjaga jaga sekiranya skru pada besi pengimbang gagal berfungsi.


Tripod dengan mount dan besi pengimbang siap dipasang.


Langkah 6 : Masukkan Tiub Teleskop

Masukkan tiub teleskop ke atas besi pemegang yang berbentuk separa bulatan. Selepas itu tutup besi bulatan itu dan ketatkan skrunya.


Langkah 7 : Pasangkan Kabel Pelaras (adjustment cable)

Kabel pelaras membolehkan anda melaras teleskop ke atas-bawah dan ke kiri-kanan secara halus. Pasangkan kabel pelaras dengan cara memutarkan ia kepada mount.


Langkah 8 : Memasang Unit Motor


Pasangkan kabel unit kawalan kepada motor pemandu. Jangan pasangkan motor kepada  sumber kuasa lagi.


Langkah 9 : Pasang Teleskop Pencari (finderscope) dan Kanta Mata 


Teleskop pencari adalah satu teleskop berkuasa kecil yang diletakkan di atas teleskop. Disebabkan ianya menawarkan medan pandangan yang besar, kita boleh gunakannya untuk melihat secara kasar ke arah objek dengan meletakkan objek cerapan di tengah2 palang X. Sesudah itu barulah kita melihat menggunakan tiub teleskop yang utama untuk pelarasan secara halus pula.

Pasangkan teleskop pencari dan kanta mata yang bersesuaian. Sesetengah teleskop menggantikan teleskop pencari dengan red dot finder.


Langkah 10 : Mengimbangkan Mount

Langkah penting yang seterusnya ialah mengimbangkan mount. Ini akan membolehkan teleskop anda bergerak dengan lancar dan bergerak ke kedudukan yang anda hendaki dengan mudah. Mount perlu diimbangkan  pada satah Right Ascension dan dan satah Declination.


Untuk mengimbangkan pada satah Right Ascension, sokong tiub teleskop dengan tangan kiri anda dan longgarkan kunci yang menghalang teleskop dari bergerak pada satah R.A dengan menggunakan tangan kanan. Sesudah itu longgarkan kekunci besi pengimbang dan gelongsorkan besi pengimbang. Cari kedudukan besi pengimbang yang sesuai sehingga tiub teleskop dan besi pengimbang berada dalam kedudukan seimbang. Ketatkan skru anda kembali.


Untuk mengimbangkan pada satah Declination, pusingkan tiub teleskop anda supaya tiub berada dalam kedudukan melintang. Longgarkan skru pada besi pemegang tiub. Jangan lupa untuk sokong teleskop anda daripada jatuh. Gelongsorkan tiub teleskop anda sehingga beratnya berada dalam keadaan seimbang pada pemegang.


Langkah 11 : Hidupkan Teleskop Anda!


Pasangkan unit motor anda kepada sumber kuasa. Seterusnya anda mungkin perlu melaraskan lagi penjajaran teleskop ke arah utara dengan lebih halus dan tepat. 

Teleskop anda sudah siap untuk beraksi! Ribuan objek astronomi menanti untuk dicerap oleh anda.

Meh kongsi cerita jap eh .

JENIS-JENIS GERHANA MATAHARI

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi di hadapan cakera matahari. Peristiwa ini hanya boleh berlaku pada waktu siang sahaja.. Terdapat 4 jenis gerhana matahari. Ianya bergantung jarak antara bumi-bulan;

1. Gerhana Matahari Penuh (total) : Berlaku apabila bulan meliputi 100% permukaan matahari. Cahaya matahari akan ditutup seratus peratus yang membawa keadaan seperti malam bagi lokasi yang bertuah. Hanya corona matahari yang akan kelihatan ketika totaliti berlaku.

Gerhana matahari penuh 
Kredit imej : Luc Viatour

2. Gerhana Matahari Cincin (Annular) : Berlaku apabila jarak bulan terlalu jauh untuk meliputi 100% permukaan matahari. Oleh itu ketika di pertengahan gerhana, kelihatan matahari berbentuk cincin dengan bulan berada di tengahnya.

Gerhana matahari cincin
Kredit imej : www.ast.cam.ac.uk

3. Gerhana Matahari Separa : Berlaku apabila bulan hanya melintasi bahagian tepi cakera matahari. Ianya juga boleh berlaku ketika gerhana matahari cincin atau penuh. Lokasi di bumi yang tidak berada dalam laluan bayang umbra  ketika gerhana matahari penuh akan melihat gerhana tersebut sebagai gerhana separa. Kita fahami dengan lebih lanjut di bawah.

Gerhana matahari separa
Kredit imej : Aaron Favila/AP Photo


4. Gerhana Matahari Hibrid (annular/total) : Gerhana matahari jenis ini adalah sangat jarang berlaku. Pada satu tempat ianya kelihatan sebagai gerhana matahari penuh dan tempat lain melihatnya sebagai gerhana matahari cincin.

Dulu-dulu punya cerita =D

Tamadun manusia awal mempercayai bahawa Bumi adalah rata dan berkedudukan kaku, dengan keseluruhan langit berputar mengelilinginya sekurang-kurangnya sekali sehari. Sesetengah kepercayaan mereka kedengaran pelik kepada kita masa kini. Sami Vedik India percaya bahawa Bumi disokong di atas dua belas tiang agung; semasa waktu malam Matahari lalu di bawah, melalui celah antara tiang tanpa mengenai tiang-tiang tersebut. Lebih menghairankan lagi adalah teori Hindu yang menyatakan bahawa Bumi terletak di belakang empat ekor gajah; gajah tersebut berdiri di atas cangkerang kura-kura gergasi, sementara kura-kura tersebut sendiri berdiri di atas naga yang terapung di atas lautan luas.
Manusia purba terpaksa bermula dari awal dan kesilapan pastinya tidak dapat dielakkan, tetapi sekurang-kurangnya pencerapan bintang yang berguna dapat dilakukan, dan rekod awal terbukti amat berguna. Kemungkinannya pengkaji langit pertama yang sebenar adalah orang-orang Cina.
Sekitar 3000 S.M. orang-orang Cina mula menggunakan kiraan 'Tahun' yang terdiri daripada 365 hari, yang membolehkan mereka menghasilkan takwim. Ia tidak penting kepada mereka sama ada Matahari mengelilingi Bumi, atau Bumi mengelilingi Matahari; 365 hari setahun adalah tepat dalam kedua-dua kes. Pakar astronomi Maharaja Cina menghasilkan takwim yang boleh diharap dan mampu menjangkakan bila gerhana berlakunya.
Bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri, dan ia merupakan jisim yang agak kecil hanya 2,160 batu ukur keratan rentas diameter Matahari yang mempunyai keratan rentas sebesar 864,000 batu, terletak lebih jauh berbanding Bulan sehinggakan ia kelihatan hampir sama saiz di langit, dan inilah yang membolehkan gerhana matahari berlaku.

Macam - macam ada . ;) .

Memandangkan astronomi merangkumi bidang yang luas, astronomi biasanya dibahagikan kepada beberapa cabang. Pembahagian ini tidak unik dan pertindihan dan pakar astronomi yang kerjanya merangkumi beberapa cabang adalah perkara biasa. .
Perbezaan utama adalah di antara (astronomi pencerapan dan teori) berbanding dengan astrofizik. Pemerhati menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan data mengenai fenomena berbeza, data yang kemudiannya digunakan oleh pakar teori untuk mereka dan membentuk teori dan model, untuk menjelaskan pemerhatian dan meramalkan pencerapan baru. Bidang kajian juga dikelaskan kepada dua cara: menurut perkara, biasanya menurut kawasan angkasa (contoh astronomi galaksi) atau masalah (seperti pembentukan bintang atau kosmologi); dan menurut cara pakar astronomi mendapatkan data (contoh astronomi optikal atau radioastronomi)
Ia mustahil untuk menentukan bilakah bidang astronomi bermula. Sejak beribu-ribu tahun dahulu pastinya penghuni gua telah pun mendongak kearah langit dengan penuh kekaguman dengan apa yang mereka lihat disitu, oleh itu dari satu segi, mereka merupakan seorang pemerhati bintang; mereka menyedari perkara luar biasa yang berlaku, seperti gerhana, dan tidak hairanlah rekod bertulis mengenai teori dan pengamatan manusia telah wujud sejak tulisan dicipta.

Sambung lagi ...

Astronomi merupakan cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menemukan dan mencerap phenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planet dan bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains.

PENGENALAN !

Astronomi dikenali sebagai Ilmu Falak dari segi bahasa etimologi membawa maksud 'peraturan bintang' . Astronomi 'merupakan cabang sains yang melibatkan pembelajaran jasad cakerawala seperti bintangplanetkometgugusan bintang dan galaksi yang menghasilkan fenomena-fenomena yang berasal dari luar atmosfera bumi. Sepert isinaran latar belakang kosmik . Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.